Powered By Blogger

3 September 2011

Keindahan Syurga

   Kekayaan dan darjat yang dimiliki di dunia hanyalah sementara, akhirat juga kekal buat selama-lamanya. Allah SWT menjanjikn syurga dengan keindahan dan kenikmatan yang ada di dalamnya untuk hamba-hambaNya yang beramal soleh. Keindahannya belum pernah dilihat mata, di dengar telinga mahupun terlintas di hati. Segalanya yang terdetik di dalam hati, semuanya akan diperolehi.

   Sesungguhnya penghuni syurga itu sentiasa sibuk dalam kenikmatan dan kesenangan bersama pasangan mereka. Digambarkan juga di dalam syurga itu terdapat sungai-sungai yang mengalir dan istana yang indah. Bagaimana hebat sekalipun fikiran manusia, dia tidak mampu untuk menggambarkan segala kenikmatan dan keindahan syurga yang dijanjikan Allah untuk hamba yng mentaati perintahNya.

   Semoga maklumat ini dapat membantu membuka pintu hati kita untuk lebih berbuat amal soleh dan berusaha mendapatkan balasan syurga, insya Allah.

No comments:

Post a Comment