A.Berita Tentang Syurga Dalam Al-Quran Dan Sunnah.
Hampir diseluruh surah di dalam Al-Quran terdapat berita tentang syurga, cuma yang paling banyak ialah pada surah Al-Waqi'ah, Al-Ghasyiyah dan Ar-Rahman. Syurga dalam bahasa Arab disebut dengan al-Jannah yang ertinya kebun. Ada pula sebagai sambungan dari kata-kata Al-jannah itu seperti kata-kata Na'im yang ertinya senang. Jadi Jannatun-Na'im bererti kebun tempat bersenang-senang.
Dalam sebuah hadith Qudsi Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah SWT berfirman: "aku menyediakan untuk hamba-hambaKu yang soleh itu iaitu apa yang tidak pernah mata melihatnya, tidak pernah telinga mendengarnya dan tidak pernah terbayang dalam hati seseorang. Bacalah olehmu jika kamu suka, maka tidak seorangpun yang mengetahui apa yang tersembunyi apa yang tersembunyi di balik matanya." (HR. Bukhari)
Kesenangan yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadith di atas adalah kesenangan yang tidak ada bandingannya dengan apa pun yang ada di dunia ini, termasuk kesenangan yang pernah dialami oleh para sahabat yang mendengarnya pada waktu itu.
Sehingga ketika Nabi menerangkan tentang keindahan syurga ini, salah seorang sahabat dari Afrika secara tidak sedar duduk menginsut-insut maju ke hadapan Nabi, sedangkan bibirnya dalam keadaan bergerak-gerak, kerana tertariknya dengan cerita tersebut.
Padahal sebenarnya apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW itu adalah segelintir gambaran dari keadaan syurga sesungguhnya. Di dalam syurga itu terdapat bukan hanya segala apa yang ada di dunia ini. Juga apa-apa yang belum pernah terbayang di dalam hati. Kesenangannya tidak ada bandingannya di segala zaman.
B. Pagar-Pagar Syurga.
Diriwayatkan dalam sebuah hadith yang menjelaskan bahawa ketika Jibrail diperintahkanoleh Allah SWT supaya melihat syurga dan apa saja yang disediakan oleh Allah untuk penghuninya di sana, maka setelah Jibrail kembali mengahadapi Allah, ia berkata: "Demi keagunganMu ya Allah, tiada seorangpun yang mendengar tentang syurga kecuali ia pasti ingin masuk ke dalamnya."
Setelah itu Allah memerintahkan supaya syurga dipagar dengan perkara yang tidak disenangi, lalu allah memerintahkan Jibrail: "Wahai Jibrail kembalilah kamu ke syurga, lihatlah kepadanya dan segala sesuatu yang Aku sediakan untuk penghuninya."
Setelah Jibrail tiba di syurga, maka dilihatnya syurga itu telah dipagar dengan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh hawa nafsu. Maka Jibrail kembali menghadap Allah sambil berkata: "Demi keagunganMu ya allah, sesungguhnya hamba bimbang kalau-kalau syurga itu tidak seorangpun yang dapat masuk ke dalamnya."
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibrail, pergilah kamu ke neraka, lihatlah kepadanya dan apa saja yang aku sediakan untuk penghuninya di sana. Maka jibrail pergi ke neraka, dilihatnya neraka itu tersusun serta bertumpuk-tumpuk sebahagian dengan yang lain. Kemudian ia kembali menghadap Allah lalu berkata: "Demi keagunganMu ya Allah, sesungguhnya tidak seorangpun yang mendengar berita tentang neraka lalu ingin memasukinya."
Setelah itu Allah memerintahkan supaya neraka itu dipagar dengan perkara-perkara yang di senangi oleh hawa nafsu. Lalu Allah SWT berfirman maksudnya: "Wahai Jibrail, lihatlah kembali ke neraka, maka pergilah Jibaril ke neraka lalau berkata: "Demi keagunganMu ya Allah, sesungguhnya hamba bimbang, kalau-kalau tidak seorangpun yang dapat selamat dari neraka itu." (HR. Tirmizi)
Dalam hadith yang lain pula Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Bila salah seorang di antara kamu meninggal dunia, maka pada setiap pagi dan petang akan diperlihatkan kepadanya tempat tinggalnya. Kalu ia termasuk ahli syurga, akan dilihat kepadanya gambaran kehidpan ahli syurga dan apabila ia termasuk penghuni neraka, maka akan dilihatkan kepadanya gambaran kehidupan ahli neraka.
C.Bentuk Syurga.
1. Bahan bangunannya.
Syurga itu adalah tempat yang disediakan untuk orang-orang beriman pengikut sekalian Nabi semenjak Nabi Adam sampai Nabi Muhammad SAW. Bentuk syurga itu sama juga dengan bumi ini, bergunung-ganang, berbukit-bukau, mempunyai lembah, berkebun-kebun dan bertaman-taman bunga yang indah.Semuanya serba indah menakjubkan.
Dari Abu Hurairah ia berkata bahawa para sahabat pernah memohon kepada Rasulullah SAW supaya ia menceritakan tentang bangunan syurga. Maka baginda bercerita; sesungguhnya bangunan syurga itu lantainya dibuat dari perak dan emas, batunya dari mutiara dan yakut, lumpurnya dari kasturi, sedangkan tanahnya dari zakfaran. Barangsiapa yang masuk ke dalamnya akan selalu merasa nikmat dan tidak pernah merasa puas.
Rasulullah SAW melanjutkan ceritanya kembali, bahawa bumi syurga itu warnanya putih, batu halamannya dari kapur barus dikelilingi oleh kasturi seperti bukit pasir. Padanya terdapat sungai-sungai yang mengalir, sedangkan semua ahli syurga berkumpul baik meninggal dunia kemudian. Mereka saling mengenal antara satu dengan yang lain kemudian Allah menyebarkan untuk mereka angin rahmat yang sangat harum baunya.
Hadith yang diriwayatkan oleh Tarmizi menerangkan bahawa ketika Rasulullah SAW Israk dan Mikraj ke langit, ia bertemu dengan Nabi Ibrahim as. Nabi Ibrahim berkata: "Ya Muhammad, sampaikanlah salamku kepada umatmu dan beritahukan kepada mereka bahawa tanah syurga itu sangat bagus, airnya sedap dan menyegarkan. Di dalam syurga itu terdapat kebun-kebun yang pohonnya lebat buahnya.Benih yang ditaburkan dalam kebun itu ialah subhanallah, alhamdulillah, dan Allahu Akhbar.
Sebenarnya zikir, tahmid dan tahil itu gunanya untuk mempertebalkan kecintaan kepada Allah. Semakin banyak kita mengucapkan tasbih, tasmid dan tahlil, bererti semakin banyak kita menabur benih kayu yang tebal buahnya di dalam syurga. Sesungguhnya siapa yang menanam maka dialah yang akan memetik buahnya.
2. Cuaca syurga.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Di dalam syurga itu orang tidak nampak matahari dan tidak pula
dingin yang bersangatan." (Ad-Dahr:13)
Di dalam syurga itu tidak ada matahari, ianya diterangi oleh nur yang jauh lebih terang daripada matahari
dan lebih sejuk dari bulan. Sejuk dan nyaman sepanjang hari. Di dalam syurga tidak ada pembahagian musim dalam setahun. Tidak ada musim panas, musim sejuk, musim bunga dan musim hujan. Tidak ada angin ribut atau taufan yang akan menerbangkan segala yang ada.
3. Sama sahaja antara siang dan malam.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan Tarmizi menerangkan bahawa ada seseorang
yang bertanya kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, apakah di dalam syurga itu ada siang dan malam?" Rasulullah SAW menjawab: "Tidak, yang ada di sana hanya sinar dan cahaya. Kalau ingin mengetahui hari pagi berehat, atau berehat pada waktu pagi, maka di sana orang menentukannya dengan waktu-waktu solat. Pada waktu itulah malaikat mengucapkan salam kepada mereka."
Dari keterangan di atas maka dapatlah diketahui, bahawa di dalam syurga itu tidak ada siang tidak ada malam. Tidak ada matahari, bulan dan bintang-bintang. Di sana malaikatlah yang menunjukkan waktu-waktu untuk mengerjakan solat. Siang malam terang benderang kerana diterangi oleh nur dan sinar. Begitulah keadaan syurga untuk selama-lamanya.
D. Keabadian Nikmat Syurga.
Sesungguhnya tidaklah sempurna suatu nikmat itu jika ianya tidak dapat dinikmati terus menerus. Oleh kerana itu kenikmatan yang ada di dunia ini tidaklah sempurna kerana kenikmatan di dunia ini tidak pernah ada yang kekal dan pada suatu ketika pasti akan musnah. Untuk menikmatinya kadangkala dibatasi oleh umur dan kadang kala pula dibatasi oleh kesihatan seseorang.
Sedangkan kenikmatan akhirat adalah kenikmatan yang abadi, kekal selama-lamanya. Bagi orang yang memperolehinya, ia tidak akan pernah merasa sakit, merasa bosan dan tidak ada kekurangan.
Sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya "Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan akan mendapat syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan mendapat tempat-tempat yang bagus di syurga Adnin.Sesungguhnya keredhaan Allah adalah lebih besar, itu adalah keuntungan yang besar." (At-Taubah: 72)
Segala kenikmatan syurga sebagaimana yang dijelaskan di atas tidaklah dapat disamakan dengan kenikmatan dunia. Sesuatu yang paling kecil di syurga lebih besar daripada sesuatu yang dianggap paling besar didunia. Bahkan sebuah rumah kecil yang berada di syurga, akan lebih indah kelihatannya daripada rumah-rumah yang paling luas yang ada di dunia ini. Jika saja ada ahli syurga yang menampakkan dirinya dengan segala perhiasannya di dunia ini, maka sudah pasti sinar matahari akan tertutup keindahannya, sebagaimana tertutupnya cahaya bintang oleh cahaya matahari pada waktu siang.
Bagaimanapun hebatnya kemampuan otak manusia, dia tidak sanggup untuk menggambarkan segala kenikmatan dan keindahan yang ada dalam syurga. Sebab Allah SWT tidak memberikan kemampuan kepada manusia untuk mengetahui hakikat apa yang disediakan di dalam syurga itu. Firman Allah SWT yang maksudnya: "Sesungguhnya tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu bermacam-macam nikmat yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan." (As-Sajadah: 17)
Oleh kerana itu, bagi mereka yang dikurniakan dengan nikmat syurga, mereka akan merasakan suatu kenikmatan yang luar biasa. Mereka akan lupa dengan apa yang dialaminya pada mereka di sunia, baik rupa penderitaan, musibah rasa letih dan sebagainya. Sehingga apabila ditanyakan kepada mereka; wahai anak Adam, apakah kamu pernah mengalami penderitaan? Maka mereka akan menjawab: "Demi Allah tidak, wahai tuhanku, tidak pernah aku merasakan penderitaan dan tidak pernah pula aku merasakan kesusahan selama berada di dunia."
Untuk memperolehi kebahagiaan yang seperti itu, sepatutnyalah manusia mengorbankan segala apa saja yang dimilikinya termasuk jiwanya. Demi kebahagiaan yang seperti itulah, maka kita saksikan, ada sebahagian mereka yang bersungguh-sungguh berlumba untuk mencapai puncak kelazatan. Di antara mereka ada yang beribadah semalam penuh atau di akhir malam. Bagi mereka yang beribadah demikian pasti akan sampai ke syurga impian.
Syurga adalah barang dagangan Allah SWT yang sangat mahal harganya. Sesungguhnya tidak akan ada orang yang sampai ke sana kecualai orang yang mendapat taufik dan hidayahNya, serta selalu menjaga diri dari godaan syaitan dan tidak akan terpedaya oleh pujuk rayunya. Oleh kerana itu bagi orang-orang yang beriman ia akan segera memenuhi panggilan Allah sebagaimana yang terdapat dalam Firman allah SWT yang bermaksud: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang di sediakan untuk orang-orang yang bertakwa." (Ali-Imran; 133)
E. Syurga Yang Dijual Allah.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang beriman akan jiwa dan harta mereka, bahawa bagi mereka adalah syurga lalu mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar bagi Allah yang terdapat Taurat, Injil dan Al-Quran. Siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Sebab itu bergembiralah kamu dengan penjualan yang kamu jual. Demikian itulah kemenangan yanag besar." (At-Taubah: 111)
Setiap orang yang beriman sudah menjual dirinya, jiwanya dan harta bendanya kepada Allah dengan syurga. Oleh kerana itu dirinya, jiwanya dan hartanya itu seluruhnya harus dipergunakan semata-mata untuk allah, sebab Allah sudah berjanji akan membayarnya dengan syurga.
Bila jiwa, diri dan harta yang sudah dibeli oleh Allah dengan syurga itu tidak dipergunakan sesuai dengan kemahuan Allah, tidak dipergunakan untuk Allah, bererti kita sudah membatalkan perjanjian jual beli. Bila orang sudah membatalkannya, maka sudah tentu Allah akan membatalkan pula perjanjianNya, ertinya syurga itu tidak jadi diserahkan kepadanya. Oleh kerana itu berhati-hatilah wahai orang-orang yang beriman dengan perjanjian ini.
Dalam hadith yang lain dijelaskan oleh Rasulullah SAW, bahawa syurga itu telah dijual Allah dengan tauhid, sesiapa yang bertauhidkan Allah akan mendapat syurga, dan sesiapa yang tidak bertauhid, tidak akan mungkin akan masuk syurga.
F. Jalan Ke Syurga
Berkata Ibn MAs'ud; pada suatu hari Rasulullah SAW membuat garis lurus di atas pasir lalu bersabda: "Inilah jalan Allah, jalan yang lurus." Kemudian baginda membuat banyak garis yang bersimpang-simpang ke kanan dan ke kiri, ke Utara dan ke Selatan lalu berkata: "Semunya ini adalah jalan-jalan iaitu setiap garis atau jalan itu ada syaitan yang berseru: "Sesungguhnya inilah jalan yang lurus, ikutilah jalanku ini." Janganlah sekali-kali kamu mengikuti jalan yang bersimpang-simpang itu yang akan memisahkan kamu dari jalan Allah. Demikianlah Allah memerintahkan kepadamu mudah-mudahan kamu berbakti."
Berdasarkan keterangan di atas, maka para ulama sepakat bahawa jalan ke syurga itu hanya satu iaitu jalan yang ditetapkan oleh Allah, yang dinamai dengan Shiratul Mustaqim, iaitu ajaran-ajaran Allah yang diajarkan kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasulNya, dari semenjak NAbi Adam as. sampai kepada Nabi Muhammad SAw, semuanya itu tersimpul dalam kitab suci Al-Quran (Agama Islam0. Adapun ajaran-ajaran yang menyimpang dari ajaran Al-Quran (Islam) adalah jalan syaitan dan semuanya menuju ke neraka.

No comments:
Post a Comment